Kisah Ku Di KFC Bahagian 5

Assalamualaikum para pembaca..

Sudah masuk bahagian ke-5 dalam Kisah Ku Di KFC..untuk bahagian ke-5 ni aku nak ceritakan sedikit mengenai CCM Party di KFC..CCM Party ni maksudnya Celebrate Customer Mania..satu event yang diadakan untuk meraikan staf..sepanjang penglibatan aku sebagai staf KFC Kemaman aku sempat dengan 3 CCM Party..2010 dan 2011 dua kali..

2010 merupakan CCM Party aku yang pertama..pada masa tu CCM Party ni diadakan dengan gabungan 2 store..Kemaman dan Kijal..tempatnya dibuat kat KFC Kemaman..banyak aktiviti-aktiviti yang diadakan..masa ni lh kitorang nk bersuka ria..hahaha..nama pun party kan..huhu..pada CCM 2010 ni aku mendapat anugerah staf terbaik bersama dengan Farhan..haha..memang tak disangka lah..masa tu aku rase tak sampai 6 bulan aku kerja..malu-malu pun ada..haha..memang antara kenangan manis sepanjang aku kerja kt KFC..
Farhan menerima hadiah dari Miss Lina sebagai staf terbaik
Ni aku pulak..huhu

Mama Lina..terbaik!!
Kek khas untuk CCM 2010
Zamira,Nadia,Asmida,Faisal,Kairul
Aku takda..sebab ambik gambar..haha
Sungguh benor Sir Ishar
Faisal demam..tu muka tak senyum..hehe
Ehem ehemmmmmm
Berbaju kurung hijau tu adalah my teacher kat backup..Kak Mary Mariana..huhu

Untuk tahun 2011 pulak adalah CCM Party terakhir sebelum KFC Kemaman renovate..ramai muka2 baru yang ada..seperti parti sebelum ni parti kali ni tidak kurang hebatnya..untuk parti kali ni kami tidak bergabung dengan Kijal..100% KFC Kemaman..mungkin sebab staf ramai kot masa ni..

Senyum kak..huhu..adik ana kat belakang tu pun antara muka baru masa tu..sekarang dah otai..hehe
D.I.V.A
Mazlia..antara muka baru masa tu..Zamira dah otai masa ni..hehe
Diva ngan pakwa dia..huhu
Liza antara muka baru..
Pizo jadi pondan..haahaha
Mak andam tengah solek adik ana..huhu
Abang Pen..cikgu hamba jugak ni..staf terbaik..
Liza pun dapat staf terbaik jugak..
macam biasa..trademark kfc..haha
pada penghujung 2011 tak silap akhir bulan 11 ada satu lagi CCM Party..CCM Party ni dibuat serba ringkas..CCM Party tu jugak diselitkan sedikit dengan berita tentang pemergian aku ke ARMT..yang ni akan aku ceritakan pada masa akan datang..hehe

Kisah Ku Di KFC Bahagian 4

Assalamualaikum..

Setelah hampir 6 bulan bekerja aku mengenali CHAMPS Challenge..CC adalah satu benda asing bagi diriku..yelah sebelum ni aku cuma kerja je..bg yang pernah kerja di KFC atau Pizza Hut mesti tahu ape itu CC..CC merupakan antara aktiviti dari KFC yang terhebat..

Perjalanan aku dlm CC ni bermula apabila Miss Lina meminta aku untuk menyertai CC bersama Kairul bagi mewakili store Kemaman dan kami akan bergabung bersama store Kijal..Kijal menghantar dua org staf..Poksu dan Kak Ida..aku pada mulanya agak takut..sebab CC ni kelihatan sangat susah..apabila Sir Ishar brief kami tentang CC aku rase macam tak mampu buat..tapi aku tetap menyahut cabaran..cewahhh..haha..kami mulakan training agak lewat..seingat aku 3 hari sebelum hari pertandingan..walaupun training sekejap je tapi cukup menggembirakan Miss Lina..keputusan memang tidak memihak pada kami..dah agak pn..huhu..

Selesai pertandingan CC peringkat area aku sambung kerja seperti biasa..pemain2 untuk mewakili District telah dipilih selepas selesai pertandingan..dan aku bukan salah seorang pemain itu..huhuhu..masih aku ingat masa tu aku tengah buat burger dan Miss Lina datang pada aku sambil tersenyum dan bersalaman dengan aku dan mengucapkan tahniah..aku terkejut taktau ape2..kemudian Miss Lina bagitau yang aku telah dipilih untuk menjadi pemain CC untuk mewakili District..aku taktau nak cakap ape..aku pelik..kenapa aku?sedangkan pemain dah cukup..kata Miss Lina salah seorang pemain tarik diri atas alasan tertentu..baru aku paham..tapi kenapa aku?

Aku sebenarnya taknak pergi untuk training..sebab aku malas dan aku kenal CC cuma dalam waktu yg singkat dan secara tiba2..tapi aku tetap pergi kerana taknak hampakan Miss Lina..aku training selama sebulan di KFC Mydin..coach untuk pasukan kami adalah Sir Jijo..Sir Jijo merupakan salah seorang yang sangat arif mengenai CC..pernah bermain sehingga peringkat National..bersama aku adalah Miss Nini,Kak Surya,Fuad,Umi,dan Aishah..kami berenam akan berlatih selama sebulan di bawah Sir Jijo..

Latihan CC memerlukan ketahanan mental yang sangat tinggi..sape2 yg pernah training mesti tahu lh..selepas sebulan kami training Sir Ramzan memutuskan aku untum menjadi reserve player..satu team cuma ada 4 team..so aku akan cover diorang kalu ada hal2 yg tak diingini..keputusan pertandingan memihak kepada kami..boleh dikatakan kami menang besar malam tu..tapi aku rase sedih lah sikit sebab aku cuma reserve..tak memainkan peranan dalam kemenangan besar ni..

Habis CC memang aku rase lega sangat2..blh lh aku bekerja macam biasa..hehehe..pada masa blog ini dilahirkan post2 yang aku buat adalah selepas peristiwa CC..kalu korang baca post terawal aku ditempatkan di department cashier selepas tamat CC..krana cashier kurang..aku terpaksa tinggalkan backup..huhuhu..selepas aku duduk kt cashier maka bermulalah perkenalan aku dengan seseorang..dia masuk departmet cashier sedikit lewat berbanding aku..sebelum ni dia kt department CSC..sejak dia berada di cashier entah kenapa aku rapat dengan dia..selalu bergurau padahal aku ni jenis yg malu dengan perempuan..tapi dia ni lain..dia ni tidaklah secantik bidadari tapi aku suka tengok dia..sebelum ni kami berlainan department..tegur pun tidak..name pun mungkin aku tak ingat..hahaha..sejak kami berdua ada kt cashier boleh dikatakan dia lah satu2 nya perempuan yang agak rapat dengan aku..sehinggakan sampai satu masa aku rase seperti dah jatuh cinta dengan dia..sampaikan Miss Lina bertanya Ejam couple ke dengan 'dia' tu..sampai gitu sekali..memang kami rapat dan aku sebenarnya ada hati kat dia..tp kami tk couple..aku simpan dalam hati je sebab aku dah ada Imah masa tu..dia pun macam dah ada pakwe je..

Selain si 'dia' ada seorang lagi perempuan yang bagi aku salah seorang yg penting dalam hidup aku..dia umpama jelmaan arwah adik aku..ntah kenapa aku mula menganggap dia seperti adik aku..aku mula kenal dengan adik masa dia ditempatkan di backup..masa tu aku kadang2 duk backup kadang2 duk cashier..aku tidak lah rapat dengan adik seperti dengan 'dia'..tapi ada satu perasaan dalam hati ini yg ingin kenal adik lebih mendalam..aku cuma panggil dia adik dalam msj je..smpai kan satu ketika adik tanya aku..kenapa aku panggil dia adik?aku pun ceritalah semuanya..dan dia tk kisah aku panggil dia adik..lama kelamaan aku mula anggap dia sebagai adik angkat aku..hubungan kami tidak begitu ketara..mungkin takda yg tahu aku dan adik ni adalah abang dan adik angkat..dengan dia aku sangat segan..teramat segan..berbeza dengan 'dia' di mana aku lebih rapat..adik sangat aku sayang..walaupun kami jarang berbual..walaupun di department yg sama..pelik kan?huhu..

Pada waktu aku tulis post ni sayang aku untuk adik masih sama..walaupun sekarang kami..aku anggap sudah terputus hubungan..bagi aku 'dia' dan adik tetap ada dalam hatiku..sebagai kawan..dan sebagai abang..

Kisah Ku Di KFC Bahagian 3

Assalamualaikum semua..

Bagi sesiapa yang tidak pernah bekerja di KFC rata2 mengatakan yang ianya satu kerja yang mudah..begitu juga aku ketika belum menjadi sebahagian daripada keluarga KFC..sapu lantai,kemas meja,lap cermin..itu antara kerja2 yang aku gambarkan..memang mudah..tapi bila aku mula bekerja baru aku tahu tiada yang mudah dan jangan ambil mudah bila melibatkan soal bekerja..pekerjaan di KFC memerlukan teamwork dari setiap anggotanya..dari bahagian depan sehingga bahagian belakang..tanpa teamwork operasi akan lumpuh..begitu lh dunia KFC..

Seperti yang sedia maklum..aku di tempatkan di department backup..backup bagi aku merupakan 'jambatan' yang menghubungkan antara dua department..cashier dan cook..dan backup juga merupakan nadi kepada cashier..cashier pasti sukar melakukan tugas mereka tanpa backup..bukan tidak boleh..tapi sukar..kerana tugas backup adalah sebagai pembekal kepada cashier..tanpa pembekal tiada lah barang untuk cashier berniaga..dan tanpa cashier pula pembekal iaitu backup tidak dapat menghabiskan barang2 yang mereka hasilkan(barang2 tu maksud aku macam burger,nugget,wedges dsb)..oleh itu mereka saling perlu memerlukan..

Aku pada awalnya adalah seorang yg pendiam dan tidak banyak bercakap..aku juga seorang sukar untuk memulakan sesuatu perhubungan..melainkan jika orang tu tegur aku dulu..macam Ayie..dia tegur aku dulu..kalu tak memang aku tak tegur dia..haha..dan sekarang dia antara sahabat karib aku walaupun kadang2 ada cerita kurang enak mengenai dia..tapi lama kelamaan aku mula rapat dengan kebanyakkan staf..dan cuma lelaki..aku ni sebenarnya malu ngan perempuan..haha..pada masa tu kt backup cuma Kak Mary seorang saje perempuan..yang lain semua lelaki..aku mulanya takut ngan Kak Mary..sebab nampak dia macam garang je..haha..tapi dia ok je ngan aku..huhuhu

Semakin lama aku bekerja aku mula kenal dengan Area Manager ketika itu..Sir Ramzan..tak silap aku 2 minggu selepas aku bekerja..dia ada tegur pasal tali pinggang aku sebab warna hijau..hmm,..hijau?adakah ini satu suratan atau kebetulan?haha..kemudian dia tegur aku sebab buat mashed potato tanpa tengok keadaan..masa tu dah kurang customer..dan aku buat satu paket mashed potato..dia pun tanya aku dah kerja berapa lama?aku jawab 2 minggu..dia pun cakap kalu saya dh kerja 2 minggu saya dh tau mcm mana nak fikir..lebih kurang macam tu lh ayat dia..aku tak ingt sangat..huhu

Berada di KFC Kemaman telah memberi satu pengalaman yang sangat berharga..dan salah satu nya adalah CHAMPS Challenge..CHAMPS Challenge merupakan sesuatu yang menarik untuk diceritakan di mana aku terpilih secara tiba2 untuk peringkat area mewakili KFC Kemaman dan Kijal..pada waktu itu kami bergabung..dan sekali lagi secara tidak disangka aku dipilih untuk menjalani latihan satu bulan bagi mewakili area Sir Ramzan bagi peringkat District..di situ aku berkenalan dengan salah seorang yang aku kagumi dalam CHAMPS Challenge..begitu juga dengan rakan2 baru dari store2 yang lain di mana kami berenam dalam satu pasukan berlatih untuk menjadi juara..semua tu aku akan cerita kan dalam bahagian ke 4 nanti:-)

Kisah Ku Di KFC Bahagian 2

Assalamualaikum semua...

Kerja di KFC ni bukan mudah bagi orang baru macam aku ni..di department backup antara yang paling mencabar bagi aku..di department backup terlalu banyk benda yang perlu dimuatkan di dalam kepala..dari holding time,shelf life product dan juga prosedur..sebagai orang baru ketika itu aku memang tidak tahu ape2..masa belajar kat poli tkda semua ni..huhu..aku pun dah lari dari bidang pengajian..hahahaha..ok berbalik pada cerita sebelum ni dimana aku ada sebut dua nama..Miss Lina dan Kak Mary..aku tidak berapa pasti pada hari keberapa aku bertemu mereka..yang pasti bukan hari pertama..mungkin hari kedua atau ketiga..Miss Lina merupakan Restaurant Manager di KFC Kemaman..merupakan seorang yang amat2 aku hormati..Kak Mary plak merupakan seorang staf lama di department backup..kira dia paling berpengalaman r..

Hari pertama aku jumpa Kak Mary masa tu aku masuk pukul 6 petang..maybe Kak Mary masuk kul 5 petang kot..masa tu aku diberitahu yang dia tu Kak Mary oleh Sauqi..Sauqi cakap Kak Mary baru habis cuti 2 hari..tak silap aku lah..bila aku masuk je department Kak Mary ajar aku apa yang kena buat bila masuk department..yang aku ingat..dia ajar aku check air hotwell..dia cakap air hotwell kena check sebab dah petang..air dalam tu mungkin dah kurang dan perlu ditambah..kemudian beralih pada holding time..yang ni aku keliru sangat2..holding time mesti dijaga supaya product yg dijual tidak expired..ok..aku paham cikit2..bermula dengan holding time kt island kami beralih pula pada holding time untuk pota dan coleslaw..bagi sape2 yg pernah kerja kt KFC Kemaman sebelum renovate mesti tau kt mane kitorang tulis holding time ni..holding time ni ditulis kt tepi island ditempat comdiment diletakkan..tak ingat ape name benda tu..ear ape ntah..sape2 tahu blh tinggal kt ruangan comment k..huhu..kt sini aku paling pening..aku rase agak lama jugak untuk aku memahirkan diri pasal holding time kt situ..hahahaha..tu lh cerita serba sedikit pasal hari pertama jumpa Kak Mary..banyak benda yang diajarkan Kak Mary dan dengan apa yang Kak Mary ajar tu lh aku berada di tempat aku sekarang..thanks Kak Mary:-)

Bagaimana pula ngan Miss Lina?pertemuan dengan Miss Lina juga berlaku ketika aku masuk kerja pukul 6 petang..dipendekkan cerita pada waktu itu aku berseorangan kt backup..dan Miss Lina pula tengah kemas2 stok kt ruangan atas island..tibe2 aku dengar Miss Lina panggil seseorang..Ejam..Ejam..tolong Miss angkat stok ni kejap..aku terpinga pinga kejap..cuma aku sorang je kat situ dan dia panggil Ejam?sape?aku ke?hahaha..memang Miss panggil aku rupenya..tapi Ejam?hehehe..Miss Lina orang pertama panggil aku dengan nama Ejam ni dan kemudian satu KFC panggil aku Ejam..hahaha..Miss Lina seorang yang sangat baik dan tegas dalam kerja..seronok bekerja dengan dia..banyak membantu staf ketika diperlukan..

Semakin lama aku bekerja semakin ramai orang menjadi kawan aku..Ayie,Kak Mary,Abang Pen,Epy,Awang,Zaleha dan ramai lagi..semakin lama jugak aku bekerja di situ semakin 
aku rase akrab dan sayang..macam2 kenangan yang ada..bagai sebuah keluarga tapi dari latar belakang yang berbeza..kerja di KFC yang pada mulanya aku anggap sekadar mengisi masa lapang mula mengubah hati aku untuk terus kekal lama..cabaran,cinta,konflik,sahabat,keluarga banyak menghiasi hidup aku di KFC Kemaman..semua tu akan aku cerita kan nanti..

Kisah Ku Di KFC Bahagian 1

Assalamualaikum....

Harini tibe2 teringat ketika aku mula2 menjejakan kaki aku di kfc kemaman sebagai staf..bermula dari sesi temuduga sehingga lah sekarang..bekerja di sana amat menggembirakan aku..bersama sama kawan2 yang seperti keluarga sendiri..baik dari manager sehingga lh kepada staf..disana aku 'dilahirkan' dan sehingga kini aku berada di satu tempat yang aku sendiri tidak pernah fikirkan...

Setelah tamat belajar di psmza aku dan kakak ku mula mencari kerja..bermula di pizza hut kami memohon untuk jawatan kosong..kami mengisi borang dan kami diberitahu akan dihubungi untuk sesi temuduga..kami beralih pula ke kfc..masa tu seingat aku Hayat tengah menyapu kat dining..aku bertanya pada dia mengenai kerja kosong yang ada..di situ kami mengisi borang dan terus ditemuduga..sir Ishar pada ketika itu yang menemuduga kami seorang demi seorang..mak kami pula setia menunggu ketika sesi temuduga itu..mula2 kakak aku..lepas tu aku..proses temuduga berjalan lancar namun hanya aku diterima bekerja..kakak aku tak dapat sebab dia cuma ingin bekerja dalam tempoh yg singkat sbb nak sambung belajar..maka selepas menyiapkan segala dokumen2 yang diperlukan aku pun memghantar dokumen2 tu ke kfc..kali ni Sir Kurt pula yang mengurus hal2 aku..masa tu dia mnceritakan pasal contract letter dan juga peraturan2 kfc dri segi pemakaian dan sebagainya..aku diberi uniform dan akan mula bekerja pada 8/6/2010,hari Selasa jam 6 petang hingga 12 tengah malam..

Pada waktu yang dijadualkan aku masuk ke dalam kfc dengan perasaan gugup,nervous dan macam2..aku disambut baik oleh manager dan staf2..yang aku ingat ketika itu Miss Zana yang ajar aku cara basuh tangan mengikut standard yang ditetapkan..kemudian aku ditempatkan di department backup..yang aku ingat pada masa tu cuma Epy dan Sauqi..Epy yang mula2 mengajar aku buat Cheezy Wedges..masa tu Sir Ishar ingatkan Epy supaya ajar aku mengikut prosedur..kerja aku masa tu buat Cheezy Wedges jeeeeee..budak baru..haha..kemudian muncul lah Ayie..bermula lah sesi ramah mesra..haha..tapi yang aku ingat ape yang dia cakap cuma kalu nak air mintak lh dengan manager.,hahaha..bila dah masuk dlm pukul 10mlm mula lah kerja2 closing..hmmm..aku tak ingt sangat masa ni apa aku buat tapi yang aku ingat aku basuh filter unit frymaster..masa tengah2 basuh tu Sauqi minta diri untuk balik..pastu aku tak ingt dah.,huhu..walaupun aku dijadualkan balik pukul 12 tengah malam tapi aku balik kul 2 pagi..taktau kenapa..haha..rase lega bila dah balik..bkn ape hari pertama mungkin rase susah cikit..tapi seronok.,haha

Itu lah hari pertama aku kat kfc..hari pertama aku tu aku belum kenal lagi Miss Lina,Kak Mary..tak silap aku masa tu Miss Lina ada meeting kot..kot lah..uhuhu dan Kak Mary cuti dua hari..macam mana aku tahu Kak Mary cuti 2 hari?sedangkan kenal pun tidak aku dengan Kak Mary masa tu..huhu..dah penat lah..nnt lh sambung lain kali..aku akan ceritakan sedikit proses pembelajaran aku bersama mentor aku kt departmet backup..Kak Mary!!!

kereta baru

Assalamualaikum semua....

Harapan nak bawa kete baru tak tercapai lg harini..trpaksa tunggu minggu dpan..sedih rase..huhu..taktau kenapa kete tk blh kluar lg walaupun aku ada pergi kt tempat wakil jualan kereta tu tersergam indah proton persona sv warna biru(yg aku punya kot..)memandangkan harini hari khamis dan esok adalah hari cuti di terengganu terpaksalah aku tunggu hari ahad..menunggu lh lg aku..ingt kn dh dpt blik kuantan pakai kereta baru..hahahaha..tp tkpelh..yg penting semua urusan dh selesai..cma kena sabar ckit je lg..ckit je lg..huhuhu