Kisah Ku Di KFC Bahagian 1

Assalamualaikum....

Harini tibe2 teringat ketika aku mula2 menjejakan kaki aku di kfc kemaman sebagai staf..bermula dari sesi temuduga sehingga lah sekarang..bekerja di sana amat menggembirakan aku..bersama sama kawan2 yang seperti keluarga sendiri..baik dari manager sehingga lh kepada staf..disana aku 'dilahirkan' dan sehingga kini aku berada di satu tempat yang aku sendiri tidak pernah fikirkan...

Setelah tamat belajar di psmza aku dan kakak ku mula mencari kerja..bermula di pizza hut kami memohon untuk jawatan kosong..kami mengisi borang dan kami diberitahu akan dihubungi untuk sesi temuduga..kami beralih pula ke kfc..masa tu seingat aku Hayat tengah menyapu kat dining..aku bertanya pada dia mengenai kerja kosong yang ada..di situ kami mengisi borang dan terus ditemuduga..sir Ishar pada ketika itu yang menemuduga kami seorang demi seorang..mak kami pula setia menunggu ketika sesi temuduga itu..mula2 kakak aku..lepas tu aku..proses temuduga berjalan lancar namun hanya aku diterima bekerja..kakak aku tak dapat sebab dia cuma ingin bekerja dalam tempoh yg singkat sbb nak sambung belajar..maka selepas menyiapkan segala dokumen2 yang diperlukan aku pun memghantar dokumen2 tu ke kfc..kali ni Sir Kurt pula yang mengurus hal2 aku..masa tu dia mnceritakan pasal contract letter dan juga peraturan2 kfc dri segi pemakaian dan sebagainya..aku diberi uniform dan akan mula bekerja pada 8/6/2010,hari Selasa jam 6 petang hingga 12 tengah malam..

Pada waktu yang dijadualkan aku masuk ke dalam kfc dengan perasaan gugup,nervous dan macam2..aku disambut baik oleh manager dan staf2..yang aku ingat ketika itu Miss Zana yang ajar aku cara basuh tangan mengikut standard yang ditetapkan..kemudian aku ditempatkan di department backup..yang aku ingat pada masa tu cuma Epy dan Sauqi..Epy yang mula2 mengajar aku buat Cheezy Wedges..masa tu Sir Ishar ingatkan Epy supaya ajar aku mengikut prosedur..kerja aku masa tu buat Cheezy Wedges jeeeeee..budak baru..haha..kemudian muncul lah Ayie..bermula lah sesi ramah mesra..haha..tapi yang aku ingat ape yang dia cakap cuma kalu nak air mintak lh dengan manager.,hahaha..bila dah masuk dlm pukul 10mlm mula lah kerja2 closing..hmmm..aku tak ingt sangat masa ni apa aku buat tapi yang aku ingat aku basuh filter unit frymaster..masa tengah2 basuh tu Sauqi minta diri untuk balik..pastu aku tak ingt dah.,huhu..walaupun aku dijadualkan balik pukul 12 tengah malam tapi aku balik kul 2 pagi..taktau kenapa..haha..rase lega bila dah balik..bkn ape hari pertama mungkin rase susah cikit..tapi seronok.,haha

Itu lah hari pertama aku kat kfc..hari pertama aku tu aku belum kenal lagi Miss Lina,Kak Mary..tak silap aku masa tu Miss Lina ada meeting kot..kot lah..uhuhu dan Kak Mary cuti dua hari..macam mana aku tahu Kak Mary cuti 2 hari?sedangkan kenal pun tidak aku dengan Kak Mary masa tu..huhu..dah penat lah..nnt lh sambung lain kali..aku akan ceritakan sedikit proses pembelajaran aku bersama mentor aku kt departmet backup..Kak Mary!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan