Kisah Ku Di KFC Bahagian 4

Assalamualaikum..

Setelah hampir 6 bulan bekerja aku mengenali CHAMPS Challenge..CC adalah satu benda asing bagi diriku..yelah sebelum ni aku cuma kerja je..bg yang pernah kerja di KFC atau Pizza Hut mesti tahu ape itu CC..CC merupakan antara aktiviti dari KFC yang terhebat..

Perjalanan aku dlm CC ni bermula apabila Miss Lina meminta aku untuk menyertai CC bersama Kairul bagi mewakili store Kemaman dan kami akan bergabung bersama store Kijal..Kijal menghantar dua org staf..Poksu dan Kak Ida..aku pada mulanya agak takut..sebab CC ni kelihatan sangat susah..apabila Sir Ishar brief kami tentang CC aku rase macam tak mampu buat..tapi aku tetap menyahut cabaran..cewahhh..haha..kami mulakan training agak lewat..seingat aku 3 hari sebelum hari pertandingan..walaupun training sekejap je tapi cukup menggembirakan Miss Lina..keputusan memang tidak memihak pada kami..dah agak pn..huhu..

Selesai pertandingan CC peringkat area aku sambung kerja seperti biasa..pemain2 untuk mewakili District telah dipilih selepas selesai pertandingan..dan aku bukan salah seorang pemain itu..huhuhu..masih aku ingat masa tu aku tengah buat burger dan Miss Lina datang pada aku sambil tersenyum dan bersalaman dengan aku dan mengucapkan tahniah..aku terkejut taktau ape2..kemudian Miss Lina bagitau yang aku telah dipilih untuk menjadi pemain CC untuk mewakili District..aku taktau nak cakap ape..aku pelik..kenapa aku?sedangkan pemain dah cukup..kata Miss Lina salah seorang pemain tarik diri atas alasan tertentu..baru aku paham..tapi kenapa aku?

Aku sebenarnya taknak pergi untuk training..sebab aku malas dan aku kenal CC cuma dalam waktu yg singkat dan secara tiba2..tapi aku tetap pergi kerana taknak hampakan Miss Lina..aku training selama sebulan di KFC Mydin..coach untuk pasukan kami adalah Sir Jijo..Sir Jijo merupakan salah seorang yang sangat arif mengenai CC..pernah bermain sehingga peringkat National..bersama aku adalah Miss Nini,Kak Surya,Fuad,Umi,dan Aishah..kami berenam akan berlatih selama sebulan di bawah Sir Jijo..

Latihan CC memerlukan ketahanan mental yang sangat tinggi..sape2 yg pernah training mesti tahu lh..selepas sebulan kami training Sir Ramzan memutuskan aku untum menjadi reserve player..satu team cuma ada 4 team..so aku akan cover diorang kalu ada hal2 yg tak diingini..keputusan pertandingan memihak kepada kami..boleh dikatakan kami menang besar malam tu..tapi aku rase sedih lah sikit sebab aku cuma reserve..tak memainkan peranan dalam kemenangan besar ni..

Habis CC memang aku rase lega sangat2..blh lh aku bekerja macam biasa..hehehe..pada masa blog ini dilahirkan post2 yang aku buat adalah selepas peristiwa CC..kalu korang baca post terawal aku ditempatkan di department cashier selepas tamat CC..krana cashier kurang..aku terpaksa tinggalkan backup..huhuhu..selepas aku duduk kt cashier maka bermulalah perkenalan aku dengan seseorang..dia masuk departmet cashier sedikit lewat berbanding aku..sebelum ni dia kt department CSC..sejak dia berada di cashier entah kenapa aku rapat dengan dia..selalu bergurau padahal aku ni jenis yg malu dengan perempuan..tapi dia ni lain..dia ni tidaklah secantik bidadari tapi aku suka tengok dia..sebelum ni kami berlainan department..tegur pun tidak..name pun mungkin aku tak ingat..hahaha..sejak kami berdua ada kt cashier boleh dikatakan dia lah satu2 nya perempuan yang agak rapat dengan aku..sehinggakan sampai satu masa aku rase seperti dah jatuh cinta dengan dia..sampaikan Miss Lina bertanya Ejam couple ke dengan 'dia' tu..sampai gitu sekali..memang kami rapat dan aku sebenarnya ada hati kat dia..tp kami tk couple..aku simpan dalam hati je sebab aku dah ada Imah masa tu..dia pun macam dah ada pakwe je..

Selain si 'dia' ada seorang lagi perempuan yang bagi aku salah seorang yg penting dalam hidup aku..dia umpama jelmaan arwah adik aku..ntah kenapa aku mula menganggap dia seperti adik aku..aku mula kenal dengan adik masa dia ditempatkan di backup..masa tu aku kadang2 duk backup kadang2 duk cashier..aku tidak lah rapat dengan adik seperti dengan 'dia'..tapi ada satu perasaan dalam hati ini yg ingin kenal adik lebih mendalam..aku cuma panggil dia adik dalam msj je..smpai kan satu ketika adik tanya aku..kenapa aku panggil dia adik?aku pun ceritalah semuanya..dan dia tk kisah aku panggil dia adik..lama kelamaan aku mula anggap dia sebagai adik angkat aku..hubungan kami tidak begitu ketara..mungkin takda yg tahu aku dan adik ni adalah abang dan adik angkat..dengan dia aku sangat segan..teramat segan..berbeza dengan 'dia' di mana aku lebih rapat..adik sangat aku sayang..walaupun kami jarang berbual..walaupun di department yg sama..pelik kan?huhu..

Pada waktu aku tulis post ni sayang aku untuk adik masih sama..walaupun sekarang kami..aku anggap sudah terputus hubungan..bagi aku 'dia' dan adik tetap ada dalam hatiku..sebagai kawan..dan sebagai abang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan