Dah Seminggu Aku Kat Sini???

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pejam celik pejam celik dah seminggu aku dan Anne relief kat KFC Endah Parade, Sri Petaling..setakat ni semua berjalan lancar walaupun ada beberapa masalah ketika aku kat sini tapi alhamdulillah..masalah aku masih boleh dikawal lagi...

Pasal suasana kerja dan culture kat sini aku masih blum dapat sesuaikan diri sepenuhnya..mungkin dalam seminggu dua lagi aku boleh sesuaikan diri dengan semua tu..seminggu kat sini aku masih lg boleh survive..untuk 3 bulan??tunggu dan lihat..haha

Kat KL area ni peluang untuk naik dari assistant manager kepada restaurant manager memang amat mudah..sebabnya kerana kat sini kekurangan manager dan store plak belambak lambak kat sini..belum campur dengan yang baru nak buka lagi..aku ada ditawarkan untuk terus kekal kat sini..katanya peluang untuk naik tu mmg cerah berbanding dengan kat Pantai Timur..memang betul tapi aku rase better kerja di tempat sendiri..

Memang mencabar kerja kat sini dan aku berharap dapat bertahan sehingga aku dipanggil semula ke Terengganu..huhuhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan