Kisah Ku Di KFC Bahagian 3

Assalamualaikum semua..

Bagi sesiapa yang tidak pernah bekerja di KFC rata2 mengatakan yang ianya satu kerja yang mudah..begitu juga aku ketika belum menjadi sebahagian daripada keluarga KFC..sapu lantai,kemas meja,lap cermin..itu antara kerja2 yang aku gambarkan..memang mudah..tapi bila aku mula bekerja baru aku tahu tiada yang mudah dan jangan ambil mudah bila melibatkan soal bekerja..pekerjaan di KFC memerlukan teamwork dari setiap anggotanya..dari bahagian depan sehingga bahagian belakang..tanpa teamwork operasi akan lumpuh..begitu lh dunia KFC..

Seperti yang sedia maklum..aku di tempatkan di department backup..backup bagi aku merupakan 'jambatan' yang menghubungkan antara dua department..cashier dan cook..dan backup juga merupakan nadi kepada cashier..cashier pasti sukar melakukan tugas mereka tanpa backup..bukan tidak boleh..tapi sukar..kerana tugas backup adalah sebagai pembekal kepada cashier..tanpa pembekal tiada lah barang untuk cashier berniaga..dan tanpa cashier pula pembekal iaitu backup tidak dapat menghabiskan barang2 yang mereka hasilkan(barang2 tu maksud aku macam burger,nugget,wedges dsb)..oleh itu mereka saling perlu memerlukan..

Aku pada awalnya adalah seorang yg pendiam dan tidak banyak bercakap..aku juga seorang sukar untuk memulakan sesuatu perhubungan..melainkan jika orang tu tegur aku dulu..macam Ayie..dia tegur aku dulu..kalu tak memang aku tak tegur dia..haha..dan sekarang dia antara sahabat karib aku walaupun kadang2 ada cerita kurang enak mengenai dia..tapi lama kelamaan aku mula rapat dengan kebanyakkan staf..dan cuma lelaki..aku ni sebenarnya malu ngan perempuan..haha..pada masa tu kt backup cuma Kak Mary seorang saje perempuan..yang lain semua lelaki..aku mulanya takut ngan Kak Mary..sebab nampak dia macam garang je..haha..tapi dia ok je ngan aku..huhuhu

Semakin lama aku bekerja aku mula kenal dengan Area Manager ketika itu..Sir Ramzan..tak silap aku 2 minggu selepas aku bekerja..dia ada tegur pasal tali pinggang aku sebab warna hijau..hmm,..hijau?adakah ini satu suratan atau kebetulan?haha..kemudian dia tegur aku sebab buat mashed potato tanpa tengok keadaan..masa tu dah kurang customer..dan aku buat satu paket mashed potato..dia pun tanya aku dah kerja berapa lama?aku jawab 2 minggu..dia pun cakap kalu saya dh kerja 2 minggu saya dh tau mcm mana nak fikir..lebih kurang macam tu lh ayat dia..aku tak ingt sangat..huhu

Berada di KFC Kemaman telah memberi satu pengalaman yang sangat berharga..dan salah satu nya adalah CHAMPS Challenge..CHAMPS Challenge merupakan sesuatu yang menarik untuk diceritakan di mana aku terpilih secara tiba2 untuk peringkat area mewakili KFC Kemaman dan Kijal..pada waktu itu kami bergabung..dan sekali lagi secara tidak disangka aku dipilih untuk menjalani latihan satu bulan bagi mewakili area Sir Ramzan bagi peringkat District..di situ aku berkenalan dengan salah seorang yang aku kagumi dalam CHAMPS Challenge..begitu juga dengan rakan2 baru dari store2 yang lain di mana kami berenam dalam satu pasukan berlatih untuk menjadi juara..semua tu aku akan cerita kan dalam bahagian ke 4 nanti:-)

3 ulasan:

  1. Cara cara untuk mengbeli barang kfc

    BalasPadam
  2. Hahahatak tak...awal awal mmg aq dh anggap keje kfc ni susah...huhu...weh die ajar ke first masuk keje

    BalasPadam