Sejarah Bendera Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..tahun ini merupakan tahun ke 54 negara kita merdeka..banyak pembangunan telah dikecapi oleh Malaysia dari segi ekonomi,pendidikan,pemodenan dan lain2..sebagai rakyat Malaysia saya begitu bangga dengan negara saya..kita harus bersyukur kerana negara kita aman dan makmur..54 tahun kita hidup tanpa penjajah mmbuktikan kita mampu mntadbir sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi dan budaya..sekarang saya ingin kongsi kan sedikit mengenai sejarah bendera kita iaitu Jalur Gemilang..

Permulaan cerita Jalur Gemilang ini bermula seawal tahun 1949 lagi..debgan persetujuaan Majlis Raja-Raja satu jawatankuasa ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan mengenai rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu..


untuk itu satu pertandingan diadakan..iaitu pertandingan merekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu pada 1949..Pertandingan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan!!!WOW!!ramai tu..tapi daripada 373 penyertaan hanya 3 sahaja yg dipilih ke peringkat akhir...
rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang kat tengah2 dan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima..yang kedua plak lebih kurang sama je tp 11 bintang pecah lima tu disusun secara dua bulatan mengelilingi keris tu..yg kitga plak 11 jalur biru dan putih dgan bulan dan bintang berwarna kuning kt tepi kiri..

macam zaman sekarang..undian dibuat untuk memilih bendera mana kah akan dipilih..akhirnya ramai yg memilih bendera yg direka oleh arkitak dari Johor iaitu En Mohamad Bin Hamzah..keputusan itu disiarkan melalui akhbar The Malay Mail pada 29 November 1949 dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Febuari 1950..Setelah diubahsuai beberapa kali, rekabentuk tersebut telah teliti pada Mesyuarat  Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

''"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Rekabentu bendera tu mendapat kelulusan dr Raja George VI pada 19 Mei 1950 dan dikibarkan pertama kali nya pada 26 Mei 1050 di perkarangan Istana Sultan Selangor yang dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai Raja George VI..

Beberapa ubahsuai telah dibuat selepas Sarawak,Sabah, dan Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan membentuk Malaysia..pengubahsuain itu dibuat untuk mngambil kira penambahan negeri2 tersebut...Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.

Pencipta Bendera Malaysia Mohamad Bin Hamzah

Jalur Gemilang






Tiada ulasan:

Catat Ulasan