Jalur Gemilang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


haritu aku ada cerita pasal sejarah bndera Malaysia kan??sama seperti reka bentuk bndera Malaysia,nama Jalur Gemilang ada ceritanya yang trsendiri..


nama Jalur Gemilang ni mula dikenali oleh keseluruhan rakyat Malaysia pada hari kemerdekaan ke-40 ketika tahun 1997..ilham untuk menamakan bendera Malaysia ini diusulkan oleh Datuk Hashim Mat Idris kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995..


pada 1 Julai 1996 terdapat 75 nama beserta dgn ulasan dan huraian..selepas itu tinggal 3 nama sahaja yg disenarai pendek..iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa,dan Seri Setia Negara..tp ketiga tiga nama tu ditolak oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 11 September 1996...


28 nama lagi dicadangkan pada 2 Jun 1997..iaitu Jalur Gemilang,Jalur Nusa Gemilang,dan Jalur Sinar Gemilang...nama Jalur Gemilang ini diusulkan oleh Redzuan Tamin..pegawai dari Muzium Negara dan Antikuiti..


pengishtiharan nama Jalur Gemilang ni diadakan pada malam 31 Ogos 1997 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur jam 11:58 malam...


ni plak makna2 dalam nama Jalur Gemilang...


JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.


GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan