Permulaan Kepada Satu Pengakhiran

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pernah tak korang terfikir seketika sekiranya korang menikmati suatu kejayaan ceritanya tidak berhenti setakat itu??Pengakhiran yang baik tidak semestinya mempunyai cerita yang baik selepas pengakhiran itu..cuba korang fahamkan ayat td betul2..ramai antara kita dilihat cepat berpuas hati dengan apa yang mereka dapat dan mereka seolah olah yakin perkara yang baik akan menunggu mereka selepas itu..

seprti isu berkasih antara lelaki dan perempuan..bukan main seronok apabila si perempuan menerima si lelaki mnjadi kekasih hatinya..ketika itu berakhirlah cerita mereka berkawan dan bemulalah episod cinta mereka..saya yakin ketika ini tidak terlintas sedikit pun di hati mereka tentang masalah yang akan datang kemudian hari..tentang cabaran yang akan dihadapi oleh mereka..apa yang difikirkan hanyalah detik2 indah mereka akan jalani bersama..tapi langit tidak selalu cerah..cerita mereka yang baru ini mgkin dipenuhi babak2 pahit..adakah ini yg mereka mahukan asalnya??bukankah ketika penutupan cerita mereka berkawan itu mereka bayangkan saat2 gembira mereka bercinta?

pernahkah anda membaca cerita Cinderella??gadis yang kehilangan kasut kaca di malam tari menari??dan si putera raja mula mencari gadis itu di seluruh pelusuk tanah jajahan nya itu..setelah dijumpai gadis itu bukan main gembiranya si putera raja..akhirnya mereka berkahwin..dan itulah pengakhiran kisah mereka..tapi adakah mereka kekal bahagia???mungkin kah si putera raja akan curang dengan Cinderella??ataupun bahagiakah Cinderella hidup dikalangan kerabat2 diraja??kita semua tidak tahu kerana tidak ada satu pun cerita selepas pengakhiran itu..

Bahagia ke mereka??
apa yang saya hendak simpulkan disini kita harus berfikir baik dan buruk sebelum membuat keputusan mengenai masa depan kita..bukan yang baik sahaja diambil kira kerana kita harus bersedia menghadapi yang buruk di kemudian hari..terima kasih kerana sudi meluangkan masa mmbaca entry kali ini;-)

1 ulasan:

  1. yupp saya setuju.. akhir sebuah cerita tak semestinya gembiraa.. ada jugak dukanya.. so jangan cepat puas hati dgn apa kita dapat n jangan rasa terlalu selesa pada kedudukan kita sekarang.. apa yang akan datang depan kita, kita tak tahu kan.. so get ready lah sentiasa.. jangan saat ditimpa musibah kita jatuh bergolek sudah :D kuatkan tulang kaki utk terus berdiri :)

    BalasPadam